Thursday, April 7, 2016

BMCO 2101 SIR NADZRIN WAHAB

Assalamualaikum dan salam satu dunia..

Jom ikuti kami menyusuri negara Nabi Musa a.s., tempat beresemadi jasad-jasad Firaun di bawah piramid- piramid yang gah berdiri tanpa ditelan zaman. 

Tapi.. tak kenal maka tak cinta. Meh ta'aruf dulu...Saya Azura berserta 'partner' travelog saya, Ika, sesempurna nama isteri Yusuf a.s... wakaka...Kami nak bawa sahabat-sahabat sekalian berjalan ke negeri para anbiya ini. 

Mesir..Apa persepsi kalian tentang negara ini? Piramid? Padang pasir? Ehh..kemon laaa...Ohhoiii..bukan itu saja tau..hehe..

Ikhwanul Muslimin...jangkaan saya, persatuan ini begitu sinonim, bergerak bebas dan aman di Mesir, namun, ianya indah khabar dari rupa... Jika sahabat ingin ke Mesir, jangan sesekali menyebut walaupun satu patah perkataan pun yang menggambarkan tentang persatuan yang sangat menitikberatkan ajaran Islam ini. Hal ini kerana, menurut Eithar Mohamed (pelajar UIAM Gombak), yang berasal dari Cairo, Mesir, orang Mesir sangat sensitif dengan gerakan ini. Mesir sebenarnya negara yang sangat, sangat sekular. Ia memisahkan agama dengan kehidupan seharian. Oleh sebab itulah, isu yang berkaitan dengan agama, terutama Islam boleh menyebabkan masyarakat di sana bermasam muka. Perkara ini terjadi disebabkan tampuk pemerintahan Mesir dipegang oleh pemerintah yang liberal. Tidak ada sekelumit pun di hati mereka untuk menubuhkan negara Islam Mesir secara total. Menurut Eithar lagi, jangan sesekali berbicara dengan orang Mesir mengenai agama dan politik di negara piramid itu jika tidak ingin dikasari dengan cemuhan dan buku lima pemuda Mesir. Kekekekeke.... Haaaa, sebelum tu, bagi sesiapa yang menyokong Assisi, bertaubatlah....kerana Assisi sangat menyokong pembunuhan beramai-ramai.


Ok...dah bercerita tentang politik dan agama, kita masuk pula dengan ekonomi di Mesir. Ramai mesti menyangka Mesir kebanyakannya terdiri daripada golongan kelas tengah, kan? Salah....sebenarnya, Eithar menceritakan bahawa terdapat ruang yang sangatlah luas antara golongan kaya dan juga golongan miskin. Golongan kaya ini hanyalah sedikit, berbanding dengan golongan miskin yang meliputi sekitar 80% dari penduduk Mesir itu sendiri. Wow! Macam tak percaya kan? Percayalah kerana terdapat kegiatan riba yang semakin berleluasa di sana, tambahan pula dengan cara hidup yang mahal. Di Mesir, mereka lebih kepada konsep ‘Westernization’, iaitu pembangunan pelancongan tanpa menghiraukan golongan kelas rendah yang sedia ada. Terasa kasihan kepada mereka yang bersusah payah untuk hidup di muka bumi itu.

Sudah-sudahlah dengan suasana yang agak suram dan negatif, kami bawa kalian semua menikmati keceriaan di sebalik kekurangan yang Mesir ada.  Tak semestinya Mesir tu tak ada kelebihannya yang tersendiri, bukan?

Walaupun keadaan Mesir yang sebegitu, namun Mesir didominasi oleh penduduk Islam. Seperti negara-negara yang membangun, Mesir mempunyai trend fesyen yang terkini. Rata-rata masyarakat negara kelahiran Firaun dan unta itu amat ‘up-to-date’ laa orang cakap, (berdasarkan kaca mata Barat). Nah!! lihat aja cara pakaiannya (eh Indon pulak...) Ala-ala Barat gittuw.. Dikatakan bahawa negara ini tidak mempunyai pakaian tradisional. Masyarakat Mesir juga mempunyai kacukan yang begitu banyak, sebahagian besarnya dari Turki dan amatlah jarang untuk melihat orang yang berkulit gelap di sana. Bagi seseiapa yang mencari teman yang berkulit putih gebu, bolehlah singgah mencari di sana, ye....Cewah! Hehehehe....

Makanan di Mesir tidaklah begitu pedas seperti di beberapa negara yang lain kerana mereka tak suka akan kepedasan, sebaliknya menggunakan rempah-ratus dalam masakan mereka. Salah satu makanan kegemaran orang Mesir ialah Kushari. Huh, Kushari? Apa tu? Kushari sebenarnya sejenis makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi dan terdiri daripada nasi, kekacang, bawang, pasta dan lain-lain untuk menghasilkan masakan ini. Jadi, memang kenyanglah kalau makan Kushari saja sebelum membuat kerja. Ianya murah dan merupakan ‘street food’ bagi kawasan Mesir. Malah penduduk tempatan memanggil Kushari ini sebagai “The food of the poor.”


Memandangkan Mesir bukan terletak di garisan Khatulistiwa seperti Malaysia, sebaliknya terletak di garisan Sartan, di bahagian Hemisfera Utara, Mesir mempunyai 4 musim yang berbeza. Ujar Eithar, musim panas di Mesir lebih panas dan kering berbanding di Malaysia. Fuh...kalau di Malaysia dah kata panas, tambahlah di Mesir sana...makin kelam macam bawah kuali laa orang Malaysia yang menetap di sana. Tapiiii...tapi kebanyakan mereka berkulit putih...humm..pelik aku.haaa..sebab mereka ada musim sejuk yang mana kulit mereka nie macam boleh bertukar balik ke arah putih-putih melati gituu. Bersyukurlah kita yang tinggal di Malaysia ni...

Jika sahabat sekalian ingin ke sana, tempat yang disyorkan ialah Resort Islanda yang berdekatan dengan Laut Merah. bercakap mengenai Laut Merah, tempat ini sangat bersejarah dengan kisah Nabi Musa a.s. dan kaumnya dengan penguasa zalim si firaun. Di Laut Merah, terdapat garisan pemisah di antaranya dengan sungai yang mana iarnya tidak bercampur. Di sini, orang-orang Mesir berenang dengan girangnya..

Bunga melati tumbuh mekar;
Kembang semangkuk, harum mewangi;
Nukilan Azura dan Ika usai dilakar;
Sehingga kita bersua kembali.