Assalamualaikum dan
salam satu dunia..
Jom ikuti kami
menyusuri negara Nabi Musa a.s., tempat beresemadi jasad-jasad Firaun di bawah
piramid- piramid yang gah berdiri tanpa ditelan zaman.
Tapi.. tak kenal
maka tak cinta. Meh ta'aruf dulu...Saya Azura berserta 'partner' travelog saya,
Ika, sesempurna nama isteri Yusuf a.s... wakaka...Kami nak bawa sahabat-sahabat
sekalian berjalan ke negeri para anbiya ini.
Mesir..Apa persepsi
kalian tentang negara ini? Piramid? Padang pasir? Ehh..kemon laaa...Ohhoiii..bukan
itu saja tau..hehe..
Ikhwanul
Muslimin...jangkaan saya, persatuan ini begitu sinonim, bergerak bebas dan aman
di Mesir, namun, ianya indah khabar dari rupa... Jika sahabat ingin ke Mesir,
jangan sesekali menyebut walaupun satu patah perkataan pun yang menggambarkan
tentang persatuan yang sangat menitikberatkan ajaran Islam ini. Hal ini kerana,
menurut Eithar Mohamed (pelajar UIAM Gombak), yang berasal dari Cairo, Mesir,
orang Mesir sangat sensitif dengan gerakan ini. Mesir sebenarnya negara yang sangat,
sangat sekular. Ia memisahkan agama dengan kehidupan seharian. Oleh sebab
itulah, isu yang berkaitan dengan agama, terutama Islam boleh menyebabkan
masyarakat di sana bermasam muka. Perkara ini terjadi disebabkan tampuk
pemerintahan Mesir dipegang oleh pemerintah yang liberal. Tidak ada sekelumit
pun di hati mereka untuk menubuhkan negara Islam Mesir secara total. Menurut
Eithar lagi, jangan sesekali berbicara dengan orang Mesir mengenai agama dan
politik di negara piramid itu jika tidak ingin dikasari dengan cemuhan dan buku
lima pemuda Mesir. Kekekekeke.... Haaaa, sebelum tu, bagi sesiapa yang
menyokong Assisi, bertaubatlah....kerana Assisi sangat menyokong pembunuhan
beramai-ramai.
Ok...dah bercerita tentang politik dan agama, kita masuk
pula dengan ekonomi di Mesir. Ramai mesti menyangka Mesir kebanyakannya terdiri
daripada golongan kelas tengah, kan? Salah....sebenarnya, Eithar menceritakan
bahawa terdapat ruang yang sangatlah luas antara golongan kaya dan juga
golongan miskin. Golongan kaya ini hanyalah sedikit, berbanding dengan golongan
miskin yang meliputi sekitar 80% dari penduduk Mesir itu sendiri. Wow! Macam
tak percaya kan? Percayalah kerana terdapat kegiatan riba yang semakin
berleluasa di sana, tambahan pula dengan cara hidup yang mahal. Di Mesir,
mereka lebih kepada konsep ‘Westernization’, iaitu pembangunan pelancongan
tanpa menghiraukan golongan kelas rendah yang sedia ada. Terasa kasihan kepada
mereka yang bersusah payah untuk hidup di muka bumi itu.
Sudah-sudahlah dengan suasana yang agak suram dan
negatif, kami bawa kalian semua menikmati keceriaan di sebalik kekurangan yang
Mesir ada. Tak semestinya Mesir tu tak
ada kelebihannya yang tersendiri, bukan?
Walaupun keadaan Mesir yang sebegitu, namun Mesir didominasi
oleh penduduk Islam. Seperti negara-negara yang membangun, Mesir mempunyai trend
fesyen yang terkini. Rata-rata masyarakat negara kelahiran Firaun dan unta itu
amat ‘up-to-date’ laa orang cakap, (berdasarkan kaca mata Barat). Nah!! lihat
aja cara pakaiannya (eh Indon pulak...) Ala-ala Barat gittuw.. Dikatakan bahawa
negara ini tidak mempunyai pakaian tradisional. Masyarakat Mesir juga mempunyai
kacukan yang begitu banyak, sebahagian besarnya dari Turki dan amatlah jarang
untuk melihat orang yang berkulit gelap di sana. Bagi seseiapa yang mencari
teman yang berkulit putih gebu, bolehlah singgah mencari di sana, ye....Cewah!
Hehehehe....
Makanan di Mesir tidaklah begitu pedas seperti di
beberapa negara yang lain kerana mereka tak suka akan kepedasan, sebaliknya
menggunakan rempah-ratus dalam masakan mereka. Salah satu makanan kegemaran
orang Mesir ialah Kushari. Huh, Kushari? Apa tu? Kushari sebenarnya sejenis
makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi dan terdiri daripada nasi,
kekacang, bawang, pasta dan lain-lain untuk menghasilkan masakan ini. Jadi,
memang kenyanglah kalau makan Kushari saja sebelum membuat kerja. Ianya murah
dan merupakan ‘street food’ bagi kawasan Mesir. Malah penduduk tempatan
memanggil Kushari ini sebagai “The food of the poor.”
Memandangkan Mesir bukan terletak di garisan Khatulistiwa
seperti Malaysia, sebaliknya terletak di garisan Sartan, di bahagian Hemisfera
Utara, Mesir mempunyai 4 musim yang berbeza. Ujar Eithar, musim panas di Mesir
lebih panas dan kering berbanding di Malaysia. Fuh...kalau di Malaysia dah kata
panas, tambahlah di Mesir sana...makin kelam macam bawah kuali laa orang
Malaysia yang menetap di sana. Tapiiii...tapi kebanyakan mereka berkulit
putih...humm..pelik aku.haaa..sebab mereka ada musim sejuk yang mana kulit
mereka nie macam boleh bertukar balik ke arah putih-putih melati gituu. Bersyukurlah
kita yang tinggal di Malaysia ni...
Jika sahabat sekalian ingin ke sana, tempat yang
disyorkan ialah Resort Islanda yang berdekatan dengan Laut Merah. bercakap
mengenai Laut Merah, tempat ini sangat bersejarah dengan kisah Nabi Musa a.s.
dan kaumnya dengan penguasa zalim si firaun. Di Laut Merah, terdapat garisan
pemisah di antaranya dengan sungai yang mana iarnya tidak bercampur. Di sini,
orang-orang Mesir berenang dengan girangnya..
Bunga
melati tumbuh mekar;
Kembang
semangkuk, harum mewangi;
Nukilan
Azura dan Ika usai dilakar;
Sehingga
kita bersua kembali.